BINTANGOR: Bunyi riuh ayam dalam reban membawa kepada penemuan seekor ular sawa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.42 pagi semalam.
“Pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada penduduk di Kampung Malaysia, Jalan Jambatan Merah.
“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi, Zamri Rosli bersama tiga orang anggota bomba bergegas ke lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati ular sawa sedang membaham ayam dalam reban.
“Pasukan bomba bertindak menangkap ular sawa menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 14 minit.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 11.02 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek