Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat cedera, kenderaan terlibat kemalangan
  • TEMPATAN

Empat cedera, kenderaan terlibat kemalangan

Utusan Sarawak 5 years ago
ROSAK…Keadaan salah sebuah kereta selepas terbabit kemalangan di Sungai Dalam Jalan Miri-Bintulu, awal pagi semalam.

MIRI : Empat individu cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan  di Sungai Dalam Jalan Miri-Bintulu di sini, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diarahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati  kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dipercayai telah bertembung dari arah bertentangan.

“Seorang penumpang wanita berumur 35 tahun telah tersepit di tempat duduk penumpang, manakala seorang bayi berumur dua tahun dan dua orang lelaki dewasa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Law berkata, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Miri untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya bertindak membersihkan kesan minyak dan serpihan kenderaan di lokasi kemalangan sebelum operasi itu tamat pada jam 5.05 pagi.

Continue Reading

Previous: Gembira kembali ke sekolah
Next: Bomba bersihkan tumpahan minyak diesel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.