BINTULU: Khidmat khas daripada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Bintulu telah digegaskan ke lokasi kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak diesel di KM29, Jalan Bintulu-Miri, sekitar jam 6:43 petang kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Christus Buson berkata, pihaknya telah melakukan pembersihan bagi memastikan jalan berkenaan tidak licin dan selamat untuk semua pengguna.
“Setibanya di tempat kejadian di dapati benar berlaku tumpahan minyak diesel di atas lebuhraya Pan Borneo KM29, Jalan Bintulu-Miri,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak media di sini semalam.
Menurutnya, keadaan tumpahan minyak diesel itu lebih kurang 15 meter sepanjang jalan.
“Pasukan bomba terus bertindak menggunakan saluran dari tangki jentera untuk kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak sehingga selesai,” katanya.
Bagaimanapun katanya, semasa tumpahan tersebut tiada kejadian yang tiada diingini berlaku.
Oleh Ellie Edward