LAWAS: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Lawas Insp Mohd Izwan Kamarudin telah melaksanakan Program Meet & Greet dan Pencegahan Jenayah Siber di Pasar Besar Lawas.
Program yang berlangsung telah dilaksanakan oleh seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah serta melibatkan sekitar 40 orang awam.
Program ini merupakan usaha Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BJSJK) memberikan penerangan tentang Trend Terkini Jenayah Komersil serta lain-lain berkaitan fungsi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan memberi penerangan berkaitan fungsi ‘National Scam Response Centre (NSRC) (Talian 997), Applikasi Whoscall, Promosi Kod QR (E-Book Jenayah Komersil)’ kepada orang awam.
Program ini mendapat sambutan baik daripada orang awam kerana telah memberi pendedahan mengenai trend terkini jenayah komersil serta perkhidmatan yang boleh mencegah mereka daripada menjadi mangsa scam.
Orang awam juga memberikan respon positif dan mahu berkongsi maklumat E-book JSJK dengan keluarga, kenalan dan saudara mara mereka.