LAWAS: Pasukan Alpha daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah mengadakan sesi taklimat keselamatan kebakarab dan demonstrasi pemadaman di Balai Polis Pusat Sundar.
Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim memberitahu program bertujuan membudayakan amalan keselamatan kebakaran dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keselamatan kebakaran.
“Antara pengisian program termasuklah ceramah keselamatan kebakaran, pengungsian bangunan, demonstrasi pemadaman alat pemadam api, “katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Program yang dikendalikan Pegawai Bomba Kanan Awang Adani Damit bersama Pegawai Bomba Andy Baru Pengiran itu dihadiri seramai 35 orang pengawai dan anggota polis serta bomba itu berjalan dengan lancar.
Setakat ini, banyak aktiviti dan program melibatkan kempen keselamatan kebakaran dijalankan BBP Lawas.
Ini berdasarkan hubungan baik dan erat dengan masyarakat setempat yang turut memberi banyak kerjasama kepada pasukan BBP Lawas.