KABONG: Selepas Dataran Temenggong Kadir, kini Kabong menjadi destinasi seterusnya program Duo 2 Festival yang bermula esok hingga 22 Disember nanti.
Pengerusi Penganjur, Casner Duchavy berkata program yang berlangsung selama lima hari itu adalah berkonsepkan hiburan selain menampilkan jualan makanan dan minuman, barangan kosmetik, pakaian serta pelbagai aktiviti menarik untuk setiap penganjung yang hadir.
Katanya, penampilan beberapa artis yang membuat persembahan pada setiap malam dijangka bakal memeriahkan lagi kehadiran pengunjung di sekitar Kabong nanti.
“Selaku pihak penganjur, saya mengalu-alukan kehadiran pengunjung sekitar Kabong hadir di tapak festival sepanjang lima hari program dilangsungkan.
‘Malah kehadiran artis-artis jemputan dari Semenanjung Malaysia dan Indonesia serta tempatan yang membuat persembahan pada setiap malam pastinya turut
‘menggegarkan” di sekitar tapak festival kelak,” kata Casner.
Katanya, antara artis-artis yang membuat persembahan ialah Kumpulan Screen, NNC Band, Silent Killer, Pagan Band, Shidi Data dan penyanyi dari Indonesia iaitu Cyntia dan Ayu Rara.
“Selain menampilkan artis, pengunjung turut diberi peluang menyertai acara seperti pertandingan karaoke, tarian poco-poco serta aktiviti fesyen pakaian dan melukis untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Sementara itu, rakan kerjasama penganjur Khusairi Johari memberitahu selepas Kabong, program tersebut akan turut di Esplanade Bintulu pada 27 hingga 31 Disember sempena sambutan ambang tahun baharu.
‘Kita juga akan menampilkan beberapa artis popular dari Semenanjung Malaysia dan tempatan seperti Kumpulan Screen dan Lestari di Bintulu nanti,” ujar beliau.