KOTA SAMARAHAN: Sambutan hangat kira-kira 3,000 penonton menyaksikan Konsert Aina Abdul – Imaji di sini, malam tadi menjadi bukti nyata kejayaan jelajah Imaji.
Meskipun pelbagai cabaran dihadapi sepanjang 10 tahun dalam industri muzik, kehadiran Aina pada konsert sulungnya di Bumi Kenyalang, mendapat sambutan luar biasa apabila Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), UNIMAS, digegarkan dengan laungan peminat setianya dari pelbagai pelosok negeri.
Anak kelahiran Johor Bahru itu memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi Freelance dan telah terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2010 dan terus melebarkan sayapnya sehingga kini.
Aina Abdul, melepaskan kerinduan peminat menerusi lagu ‘Imaji’ sebagai pembuka tirai konsert yang berlangsung lebih dua jam.
Ini disusuli dengan lagunya yang baru diterbitkan tahun ini iaitu ‘Kamu’ dan ‘Kejam’
Dewan DeTAR terus dirancakkan lagi dengan lagu bahasa Inggeris kedua milik Aina, yang pernah muncul pada 2018 iaitu “Shadows”
Seolah-olah masih belum cukup memukau peminat, Aina kemudiannya tampil mendendangkan lagu ‘Sesal Aku’ dan ‘Bilang’ pada konsertnya malam tadi.
Album Imaji Deluxe Edition terus menghangatkan suasana dengan lontaran vokal menerusi lagu ‘Menua’ yang juga merupakan lagu terbaharu Aina Abdul dikeluarkan pada Oktober yang lepas
Aina Abdul seterusnya menyanyikan lagu ‘Sedia Terluka’ yang merupakan lagu yang menyayat hati berdasarkan kisah perjalanan dalam hidupnya
Pada kemuncak konsertnya, Aina terus menarik perhatian penonton menerusi lagu ‘Kunci’, ‘Penat Jiwa’ ‘Satu Rasa, dan disusuli lagu ‘Puas Sudah’.
Aina kemudiannya mempersembahkan lagu baharunya yang bertajuk ‘Gentayangan’, dan menurutnya lagu ini merupakan pertama kali dinyanyikan secara “Live”
Walaupun terdapat masalah teknikal yang berlaku sepanjang konsert Aina, ia tidak menghampakan peminat dan terus membuai peminat yang hadir dengan dendangan lagu ‘semalam’ dimana lagu tersebut pernah menjadi Naib Juara pada Anugerah Juara Lagu ke-35
Aina Abdul turut mendendangkan lagu ‘Sepi’ iaitu singelnya dilancarkan pada 8 Februari 2021 yang menceritakan pengalaman jatuh dan bangunnya dalam bidang muzik, terutama pengalamannya sebagai penyanyi kelab malam.
Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, dan Aina memilih kelab malam sebagai lokasi penggambaran
Konsert Aina Abdul- Imaji itu diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ dimana lagu tersebut menjadi single pertama yang diperkenalkan dan layak mara ke AJL ke-38 pada Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
“Ini merupakan konsert pertama saya di Sarawak, namun sokongan padu yang diberikan amat menggalakkan.
“Sebelum ini datang ke Sarawak sebagai penyanyi jemputan dan hanya membawa dua dan tiga lagu sahaja.
“Saya juga dimaklumkan ada peminat yang sanggup datang dari Semenanjung Malaysia dan Sabah,” katanya.
Oleh NOOR IKMAL dan MOHD NEENATUL AIZAL