Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SESCO kesan dua kes kecurian elektrik bawah tanah
  • JENAYAH

SESCO kesan dua kes kecurian elektrik bawah tanah

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Sarawak Energy melalui cabang operasi dan runcitnya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO), baru-baru ini mengesan dua kes kecurian elektrik bawah tanah di Jalan Kapor dan Jalan Stampin Tengah

Menurut satu kenyataan, pemeriksaan oleh pasukan pemeriksaan meter SESCO mendedahkan bahawa suspek telah menggunakan kabel sambungan terus yang disembunyikan di bawah tanah untuk memintas meter elektrik dan mencuri bekalan elektrik.

“Kabel-kabel ini ditemui tersembunyi dalam konkrit di luar rumah kediaman berhampiran kotak meter.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, yang memperuntukkan denda sehingga RM200,000 dan/atau hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

“Kecurian elektrik melalui sambungan bawah tanah ini membawa risiko keselamatan serius kepada kawasan sekeliling,” katanya.

Dalam pada itu, Sarawak Energy menjelaskan bahawa sambungan tidak sah seperti ini bukan sahaja tidak mematuhi piawaian keselamatan ketat SESCO, tetapi juga boleh menyebabkan kebakaran elektrik, kejutan elektrik, serta kerosakan infrastruktur elektrik.

Selain itu, ia turut menjejaskan kestabilan bekalan elektrik, memberi kesan kepada komuniti berdekatan.

Tambah Sarawak Energy, pihaknya komited untuk membanteras kecurian elektrik di seluruh negeri dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan pesalah dikenakan tindakan undang-undang.

“Pasukan pemeriksaan meter SESCO dilengkapi dengan peralatan canggih untuk mengesan dan menangani pelbagai bentuk kecurian elektrik secara berkesan,” katanya. 

Orang ramai digesa melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang melibatkan kecurian elektrik kepada Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau melalui emel di customercare@sarawakenergy.com. Semua maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis marin tahan bot pukat tunda, tahan lima lelaki
Next: Polis berjaya berkas suspek kes samun bersenjata di Betong  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.