Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cubaan seludup dadah dalam kotak minuman di KLIA
  • JENAYAH

Cubaan seludup dadah dalam kotak minuman di KLIA

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah Norlela Ismail berkata cubaan menggunakan modus operandi berkenaan dikesan dalam dua operasi berasingan pada 1 dan 2 November lepas di Balai Ketibaan Antarabangsa (KLIA) Terminal 1.

Beliau berkata dalam kes pertama, pihaknya memeriksa dan menahan seorang penumpang lelaki berusia 18 tahun yang baru tiba dari Eropah selepas terdapat imej mencurigakan dalam bagasinya ketika pemeriksaan melalui mesin pengimbas. 

“Pemeriksaan rapi ke atas bagasi milik Orang Yang Disyaki (OYDS) itu dijalankan pasukan Pegawai Operasi Penguatkuasaan dan menjumpai beberapa paket plastik berwarna putih yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis ketamin.

“Kesemua paket plastik berwarna putih itu disembunyikan di dalam beberapa kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran. Berat kasar dianggarkan 16.91 kilogram (kg) dan nilai dadah yang dirampas hampir RM845,670,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam kes berasingan, Norlela berkata pihaknya menahan seorang lagi lelaki yang menggunakan modus operandi sama dengan membawa beberapa paket plastik berwarna putih mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis ketamin seberat 14.18 kg dengan nilai RM709,030.

“Kedua-dua kes ini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam kedua-dua kes berkenaan bagasi yang dimuatkan dengan dadah itu didaftar sebagai ‘checked baggage’ bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya. 

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lelaki bawa pedang samurai di tempat awam diberkas
Next: Lelaki ditahan disyaki edar dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.