Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 7,000 penganut Kristian bakal meriahkan acara perarakan Krismas Sabtu ini
  • TEMPATAN

7,000 penganut Kristian bakal meriahkan acara perarakan Krismas Sabtu ini

Utusan Sarawak 6 months ago
AMBROSE Linang merakamkan gambar bersama ahli jawatankuasa penganjur sambil memegang sepanduk Perbarisan Krismas Bandaraya Kuching 2024 yang bakal berlangsung Sabtu ini.

KUCHING: Acara Perarakan Krismas 2024 akan berlangsung meriah dengan penyertaan 7,000 penganut Kristian daripada pelbagai mazhab, Sabtu ini.

Perarakan anjuran Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) dan Persatuan Kristian Evangelikal Sarawak (SECA) itu dijadualkan bermula 6.00 petang di Padang Jubli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Setiausaha Agung ACS, Elder Ambrose Linang berkata, perarakan pada tahun ini bertemakan ’Damai Sejahtera Bersamamu’ dan Methodist Church SCAC dipilih sebagai gereja tuan rumah.

”Para peserta akan berhimpun du Padang Jubli MBKS pada 6 petang sebelum berarak sepanjang Jalan Padungan, Jalan Tun Abdul Rahim (Waterfront), dan Kuil Lebuh berhampiran Harbour View Hotel, Lebuh Wayang (Medan Pelita) dan Jalan Tabuan (Borneo Hotel).

”Laluan ini kemudian berpusing kembali melalui Jalan Ban Hock (Hotel Grand Continental/flat MBKS) dan berakhir di Tapak Jubli MBKS, dengan anggaran jarak sejauh empat kilometer (km),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Persatuan-Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Jalan Stampin di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, perarakan pada tahun ini disertai oleh pelbagai gereja termasuk Gereja Roman Katolik, Gereja Anglikan, Gereja Methodist SCAC, Gereja Methodist SIAC, Gereja Misi Injili Borneo (SIB), Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh.

Selain itu, ia turut disertai Gereja The Salvation Army, Gereja Baptist Sarawak, Gereja Blessed Sarawak, serta gereja-gereja ahli SECA seperti Christ Baptist Church, City Harvest Church, Hope Church Kuching, dan GIS Gospel Harvest Kuching.

Acara perarakan pada tahun ini katanya turut merangkumi nyanyian puji dan sembah, pengagihan hadiah kepada orang ramai.

Pada masa sama, beliau berkata acara itu diadakan bagi menyerlahkan makna sebenar Krismas dalam memberi keutamaan kepada perpaduan dan keharmonian yang menyatukan pelbagai kaum di negeri ini.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warga DBKU perlu utamakan aspek keselamatan, kesihatan
Next: Rumah Ngaji Dr. Fatimah berhasrat miliki bangunan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.