SIBU: Program Kesihatan Masyarakat anjuran Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) cawangan Sibu berfungsi sebagai platform untuk menyemai gaya hidup sihat di kalangan ahli.
Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong berkata, ini secara langsung dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
“Usaha ini dapat dilakukan dengan mendermakan darah kepada tabung darah.
“Terima kasih kepada Pusat Perubatan Rejang dan Hospital Sìbu kerana mengambil bahagian dalam program yang bermakna ini,” katanya.
Menurutnya, penganjuran program tersebut adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 SDNU Cawangan Sibu.
Setiausaha Politik Premier Sarawak, Syed Azmee Wan Junaidi mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Permbangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapee merasmikan program tersebut.
Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti senaman aerobik, Fun Walk, pemeriksaan kesihatan dan derma darah.
Oleh AKUN GIMAN