PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) masih mengatur tarikh sesuai untuk melaksanakan ujian swab terhadap pemain pasukan Sarawak United FC.
Setiausaha Agung FAS, Jefry Lana memberitahu, pihaknya ketika ini masih memilih tarikh sesuai bagi melaksanakan ujian tersebut.
“Kita belum lagi melaksanakannya kerana masih memilih tarikh…mungkin ia akan dapat dijalankan dalam tempoh terdekat,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu.
Sebelum ini pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mewajibkan semua pasukan yang masih terlibat dalam kancah Liga Malaysia melaksanakan ujian tersebut terhadap pemain, jurulatih serta pegawai.
Selain, perlu melaksanakan proses sanitasi terhadap gelanggang atau padang yang digunakan untuk latihan.
Melantik pegawai untuk memantau pelaksanaan Prosedur Operasi Standart (SOP) selain mendaftar gelanggang latihan dengan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ia merupakan syarat wajib sebelum diberi kebenaran oleh pihak MFL meneruskan sesi latihan seperti biasa.
Oleh Faizal Bujang