KUCHING: Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Lintang, semalam melaksanakan proses nyahcemar ke atas Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Sejijak.
Langkah tersebut dilakukan bagi mengelak, mencegah serta memastikan sekolah terbabit bebas dari wabak Covid-19.
Dalam pada itu, langkah tersebut juga bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa sekolah terbabit bebas dari wabak itu ketika sekolah mula dibuka.
Seramai enam orang anggota bomba yang diketuai oleh PBK II Awang Saifull Awang Nusi terlibat dalam operasi berkenaan.
Operasi Sanitasi tersebut dilaksana dengan menggunakan kaedah penyemburan campuran air dan chlorine liquid ( CLOROX) dengan sukatan 1:9 dan Pine Disinfection Gel 1:30.
Kerja-kerja Sanitasi dilakukan di kawasan dalam dan luar bangunan.