Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan lebih RM10 juta sempena ulang tahun ke-75 SK Rakyat Tupong
  • TEMPATAN

Peruntukan lebih RM10 juta sempena ulang tahun ke-75 SK Rakyat Tupong

Utusan Sarawak 7 months ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menurunkan tandatangan sempena perasmian Laman Minda Sihat di SK Rakyat Tupong, hari ini. FotoHERRIEY NAHA

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM10 juta sebagai ‘hadiah’ ulang tahun ke-75 Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Tupong, hari ini.

Hadiah ini nanti, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berupa blok baharu, bangunan pra sekolah, pusat sumber dan padang sekolah yang dijangka menelan perbelanjaan lebih RM10 juta akan mula dilaksana pada tahun depan.

“Semua blok baharu, katanya, mungkin menelan perbelanjaan RM8 juta termasuk pra sekolah, ketiganya adalah pusat sumber dan keempat padang sekolah untuk anak-anak bersukan,” kata beliau berucap pada majlis perasmian sambutan Ulang Tahun ke-75 Penububan SK Rakyat Tupong di sini, hari ini.

“Saya berharap kita dapat mulakan pembangunan ini mulai tahun depan kerana dananya telah diberikan,” jelas beliau.

Abang Johari pada masa sama turut mencadangkan agar dibina satu kawasan air pancut di kolam padang itu nanti bagi menambah keceriaan sekolah tersebut.

Selain peruntukan tersebut, Premier Sarawak turut mengumumkan pemberian dana kepada Persatuan Alumni SK Rakyat Tupong berjumlah RM75,000.

Jelasnya, sumbangan RM75,000 itu bersamaan dengan ulang tahun sekolah berkenaan yang ke-75.

“Terpulanglah kepada mereka untuk menguruskan wang ini tetapi ia mestilah memberikan kebaikan kepada anak kita,” katanya.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dato Hilmy Othman, Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Pengerusi Lembaga Pengurusan SK Rakyat Tupong Dato Dr Zaiedi Suhaili, Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ali Ahmad serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SBAF instrumen pembangunan masyarakat ke arah negeri maju menjelang 2030
Next: Tingkatkan kesedaran melalui penulisan sastera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.