KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda Kuala Lumpur, Labuan, Terengganu dan enam negeri hingga 7 malam ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada 3.25 petang tadi MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah merangkumi Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim, serta Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).
Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort manakala Sarawak pula di Miri (Telang Usan serta Marudi) dan Limbang. — BERNAMA