BOLA sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali pada Khamis setelah terpaksa dihentikan selama tiga bulan kerana Covid-19.
Tidak ada yang secara realistik akan menghalang Liverpool daripada dinobatkan sebagai juara Inggeris untuk pertama kali dalam tempoh 30 tahun.
Tetapi ada banyak masalah lain yang perlu diselesaikan, termasuk penyingkiran dan tempat-tempat di Eropah tahun depan, dengan drama yang akan berlangsung di stadium kosong dan bergema.
AFP Sport melihat apa yang masih perlu diselesaikan.
Bilakah Liverpool akan menjadi juara?
Liverpool berada 25 mata di hadapan Manchester City dan semakin hampir untuk menjadi juara Inggeris buat kali pertama sejak tahun 1990 ketika liga ditangguhkan pada bulan Mac.
Tetapi sementara Covid-19 mungkin telah menunda pesta gelaran mereka, tidak ada siapa yang percaya dengan serius bahawa itu tidak akan berlaku.
Dua lagi kemenangan akan menjadikan ia secara matematik mustahil untuk City mengejar Liverpool, tetapi The Reds boleh menang dengan memenangi perlawanan pertama mereka, di jiran Merseyside, Everton pada hari Ahad, jika City kalah di tempat lawan kepada Arsenal pada hari Khamis.
Pasukan Jurgen Klopp juga boleh memecahkan dua rekod City yang paling dihargai – mereka memerlukan 19 lagi mata dari baki 27 mata untuk mengalahkan jumlah keseluruhan 100 mata kelab Manchester daripada musim 2017/18 dan mereka juga dapat meningkatkan margin kemenangan 19 mata City dari kempen yang sama.
Kapten Liverpool, Jordan Henderson menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA di sebuah stadium yang penuh sesak di Madrid pada Jun lalu tetapi sedang bersiap untuk pengalaman yang berbeza dengan trofi Liga Perdana yang diberikan tanpa kehadiran penyokong tahun ini.
“Sudah tentu akan terasa perbezaan kerana jika anda memenangi sebarang trofi dan menerimanya tanpa peminat di sana, itu akan menjadi sangat aneh,” katanya kepada BBC.
Pertarungan Liga Juara-Juara
Menariknya, pertempuran untuk empat tempat teratas dapat dilanjutkan merangkumi pasukan tempat kelima.
Liverpool sudah mengesahkan tempat mereka dalam Liga Juara-Juara UEFA muism depan dan tempat kelayakan lain kini diduduki oleh Manchester City, Leicester dan Chelsea.
Tetapi seiring dengan keadaan sekarang, City tidak dapat bersaing dalam pertandingan kelab teratas Eropah untuk dua musim berikutnya setelah digantung kerana melakukan pelanggaran peraturan kewangan.
Pasukan Pep Guardiola telah membuat rayuan, namun, dan masih boleh mempertahankan tempat mereka dalam Liga Juara-Juara musim depan jika penggantungan dibatalkan.
Sekiranya ditegakkan, siapa yang menduduki tempat kelima akan menduduki tempat mereka dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Manchester United kini menduduki posisi itu, tetapi Wolves dan Sheffield United kedua-duanya hanya ketinggalan dua mata di belakang pasukan Ole Gunnar Solskjaer.
Tottenham dan Arsenal yang berada di kedudukan kelapan, satu tempat lebih rendah, juga akan mempertaruhkan peluang mereka untuk menduduki tempat kelima dengan pecutan lewat.
Pertempuran untuk mengelakkan kejatuhan
Norwich, Aston Villa dan Bournemouth menduduki tiga tempat terbawah dalam Liga Perdana tetapi semua akan berharap mereka dapat melepaskan diri daripada tersingkir.
Norwich berada di kedudukan tercorot dan enam mata di bawah zon selamat tetapi kemenangan di tempat sendiri menentang Leicester pada akhir Februari memberi mereka harapan.
Villa telah tewas empat perlawanan berturut-turut sebelum ‘lockdown’ jadi tempoh rehat selama tiga bulan ini akhirnya dapat membantu pasukan Dean Smith, yang bermain kurang satu perlawanan berbanding pesaing mereka, sementara Eddie Howe akan terdesak untuk Bournemouth untuk menemukan semula prestsai mereka setelah rentak tujuh kekalahan dalam 10 permainan.
Di atas tiga pasukan terbawah ketika ini, Watford masih berhadapan dengan masalah walaupun kebangkitan dengan kebangkitan awal mengagumkan di bawah Nigel Pearson, sementara West Ham dan Brighton jauh daripada terselamat.
Cergas untuk bermain
Sekumpulan pemain bintang tidak sabar untuk kembali beraksi setelah tempoh yang panjang berada di garisan tepi padang.
Penyerang England, Harry Kane dahaga untuk kembali dan rakan sepasukan Spurs, Son Heung-min juga akan dapat tampil setelah pulih daripada kecederaan tangan.
Pasangan Manchester United, Paul Pogba, dengan hanya lapan penampilan musim ini, dan Marcus Rashford, tidak beraksi sejak Januari kerana kecederaan belakang, juga seharusnya kembali beaksi. – AFP