Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sembilan persatuan, NGO terima peruntukan khas
  • Tengah
  • WILAYAH

Sembilan persatuan, NGO terima peruntukan khas

Utusan Sarawak 7 months ago

TERIMA KASIH....Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan cek peruntukan khas kepada penerima. 

SARIKEI: Sebanyak sembilan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerima cek peruntukan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii di sini.

Majlis penyerahan ringkas peruntukan tersebut diadakan di Pusat Khidmat Repok, semalam. 

Sembilan persatuan dan NGO yang menerima peruntukan khas tersebut adalah Kelab Rekreasi Sarikei, Persatuan Chiang Chuan Sarikei, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) San Ming, Persatuan Muzik dan Drama Sarikei, Persatuan Klan Fung Sarikei, Persatuan Klan Liing Hung Wong, Persatuan Tuan Tanah Sarikei, Persatuan Klan Yek Sarikei dan Persatuan Klan ⁠Pan Chen Lau Sarikei. 

Dalam ucapan ringkasnya, Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, peruntukan khas tersebut adalah untuk keperluan aktiviti tahunan organisasi masing-masing. 

“Saya berharap peruntukan khas ini digunakan sebaiknya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tahunan yang berfaedah. 

“Manfaatkan ia sebaiknya untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberikan impak positif kepada komuniti setempat,” katanya. 

Beliau juga berharap semua penerima akan terus aktif menjalankan aktiviti persatuan mereka. 

“Semoga sumbangan ini membantu persatuan dan NGO melaksanakan aktiviti bermanfaat bersama masyarakat. 

“Sentiasa aktif menjalankan aktiviti berfaedah bersama masyarakat setempat,” katanya. 

Di samping itu, beliau juga berharap mereka akan terus bersatupadu bersama komuniti setempat dan saling bekerjasama. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 11 JKKK terima geran program Madani
Next: Polis keluarkan 54 saman dalam Ops Bersepadu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.