MARUDI : Sebanyak 1,282 pek bekalan makanan dihantar kepada mangsa banjir di 18 kampung di sini hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata bantuan bekalan makanan itu adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, penghantaran bantuan berkenaan menggunakan kapal bandung dan dijangkakan selesai diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat banjir dalam masa dua hari iaitu hari ini dan esok.
Pengantaran itu atas kerjasama empat agensi iaitu Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Marudi (JKM), Bomba dan Rela.
Lokasi penghantaran bantuan tersebut ialah Kampung Tumau (36 pek), Rh Jipun Tanjung Upar (44 pek), Rh Vincent Tanjung Upar (104), Rh Philip Tanjung Upar (38 pek), Long Maro (106), Lubuk Kulat (8 pek), Kampung Benawa (104 pek), SK Benawa (40 pek) dan Kuala Tutoh (104 pek).
Lokasi lain yang mendapat bantuan ialah SK Kuala Tutoh (18 pek), Linei Bukit (86 pek), Long Patan ( 74 pek), Long Pahlo (20 pek), Long Unuk (74 pek), Klinik Long Panai (12 pek), Long Panai (264 pek), Sk Long Panai (16 pek), SMK Tutoh (62 pek) dan Rh Gerinang (22 pek).