BINTANGOR: Sebanyak tiga projek MyKhas telah siap dilaksanakan di kawasan luar bandar Meradong.
Peruntukan projek MyKhas itu adalah dari Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak yang dipohon oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.
Ia bertujuan untuk menambah baik kemudahan asas di luar bandar.
Tiga projek MyKhas yang telah siap dilaksanakan adalah kerja menaik taraf tempat letak kereta Rumah Peter Ugah di Sungai Nassau 2 Mador, kerja menaik taraf jalan di Rumah Agnes Kendawang di Sungai Petai dan Rumah Kiri Keli di Sungai Janting.
Semalam, Gung Chiu Kion selaku wakil Tiong Sii telah mengadakan tinjauan ke tapak projek yang telah siap tersebut.
Dalam pada itu, penduduk rumah panjang mengucapkan terima kasih kepada Tiong Sii kerana memberi perhatian kepada keperluan mereka.
Oleh Earl Anek