PETRA JAYA: Tiga beradik berasal dari Kapit iaitu Donny, Julius dan Stanley Jaranding, hadiahkan tiga pingat dalam acara renang yang berlangsung di Pusat Akuatik Pendelela Rinong, di sini hari ini.
Donny Jaranding yang merupakan anak kedua daripada empat adik beradik memenangi emas dalam acara 100 meter(m) gaya bebas lelaki kategori S13 (gangguan penglihatan) dengan catatan masa 1 minit 18 saat.
Emas sah milik Donny Jeranding selepas mengalahkan dua perenang Kedah yang mengungguli tempat kedua dan ketiga.
Perenang kedah, Muhammad Haziq Abdul Halim memenangi perak dengan catatan masa satu minit 37.33 saat, manakala gangsa milik Muhammad Amin Zakaria yang mencatatkan masa satu minit 44.13 saat.
Anak bongsu, iaitu Julius pula memenangi pingat perak dalam acara 100m gaya bebas kategori S12 (gangguan penglihatan), mengalahkan abangnya, Stanley yang menduduki tempat ketiga dalam acara yang sama.
Satu lagi pingat perak dimenangi pagi ini muncul dalam acara 400m gaya bebas lelaki kategori S8/S9, yang dimenangi Rusdianto Rusmadi.
Oleh SHAHRUL QAIZAT