
Hoffenheim's Dutch head coach Alfred Schreuder is seen ahead of the German first division Bundesliga football match Fortuna Duesseldorf v TSG 1899 Hoffenheim on June 6, 2020 in Duesseldorf, western Germany. (Photo by Marius Becker / POOL / AFP) / DFL REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND/OR QUASI-VIDEO

HOFFENHEIM semalam berkata mereka telah berpisah dengan jurulatih Alfred Schreuder kerana perspektif yang berbeza dengan kelab berada dua mata di luar tempat kelayakan ke Liga Europa.
Schreuder, 47, menyertai kelab Bundesliga itu tahun lalu dari Ajax untuk menggantikan Julian Nagelsmann yang berpindah ke RB Leipzig dan kontraknya ditetapkan sehingga 2022.
“Kami mempunyai pendapat yang berbeza mengenai persoalan penting, jadi bekerja bersama menjelang akhir musim tidak lagi masuk akal,” kata pengarah bola sepak Hoffenheim, Alexander Rosen.
Pasukan jurulatih dari Belanda itu hanya kalah sekali dalam lima perlawanan sejak Bundesliga kembali daripada rehat yang terpaksa dilakukan kerana Covid-19.
“Sayangnya, kami tidak dapat bresetuju dengan cara umum bagaimana kami ingin memimpin Hoffenheim ke masa depan. Saya menyesal dengan perkembangan ini,” kata Schreuder.
“Tidak jarang dalam kehidupan profesional mempunyai pendapat yang berbeza. Anda kemudian harus bersikap jujur antara satu sama lain dan mengambil keputusan yang sesuai,” tambahnya.
Beberapa anggota kejurulatihan termasuk Rosen akan mengambil alih peranan menjelang pertemuan di tempat sendiri menentang pasukan tempat ketiga RB Leipzig, Sabtu ini.
Saudara dan pembantu Schreuder, Dick, juga akan meninggalkan kelab. – AFP