Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu bina semula Rumah Spencer Biju
  • WILAYAH

Bantu bina semula Rumah Spencer Biju

Utusan Sarawak 8 months ago
SANTUNI PENDUDUK… Friday Belik dan Mohamad Duri menyantuni penduduk Rumah Spencer Biju, Ulu Sebetan yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Roban baru-baru ini.

ROBAN: Kerajaan Sarawak akan membantu membina semula Rumah Spencer Biju, Ulu Sebetan yang telah musnah dalam kebakaran pada 21 Ogos lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata peruntukan berjumlah RM260,000 melalui  Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) disediakan untuk tujuan itu.

“Kami daripada Pusat Khidmat ADUN Krian sudah putuskan, pertama meliputi rumah sedia ada di situ. Kerja itu sudah bermula beberapa hari lepas dan kita menjangkakan proses itu mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu.

“Selepas itu, kita akan memberi bantuan melalui PPRMS bagi setiap isi rumah, dan kita akan menyediakan RM10,000 untuk membina rumah baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni penduduk Rumah Spencer Biju, Ulu Sebetan yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Roban baru-baru ini.

Turut hadir, ADUN Kalaka  Mohamad Duri; Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee; Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Roban Steve Miller; Pemanca Thomas Lamit dan Pemanca Lim Guan Ann.

Friday menjelaskan, penduduk penduduk Rumah Spencer Biju, Ulu Sebetan turut menerima bantuan bagi tujuan sama daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKMS) Sarawak dengan peruntukan RM5,000 bagi setiap isi rumah.

Tambahnya, pembinaan rumah panjang baharu itu dijangka mengambil masa dua bulan dari sekarang selepas proses yang berkaitan selesai.

Terdahulu, kira-kira 105 penghuni daripada 26 keluarga hilang tempat tinggal selepas Rumah Spencer, Ulu Sebetan, dekat sini musnah dalam kebakaran, tengah hari, 21 Ogos lalu.

Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar 12.40 tengah hari itu membabitkan sebanyak 26 pintu rumah panjang dua tingkat jenis struktur separuh kekal itu telah terbakar hampir 100 peratus.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen vaksinasi anjing secara percuma diteruskan
Next: Dua jambatan bila siap, bakal bawa perubahan sosioekonomi penduduk Pulau Bruit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.