Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 6,025 penjaja berjaya mohon SSAP
  • TEMPATAN

6,025 penjaja berjaya mohon SSAP

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH … Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian melakukan simbolik penyerahan Pakej Bantuan Sarawakku Sayang (SSAP) kepada salah seorang penerima di Kuching, semalam.

KUCHING: Seramai 6,025 para penjaja telah berjaya dalam permohonan bantuan Sarawakku Sayang (SSAP), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan SSAP 2.0 pada 18 April dengan setiap pemohon yang berjaya akan diberi RM1,500 dalam dua ansuran bulanan.

Manakala SSAP 3.0 pada 11 May dengan pertambahan sebanyak RM750 bagi setiap pemohon yang berjaya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,250.

Jumlah keseluruhan adalah dianggarkan sebanyak RM146 juta untuk membantu para penjaja di dalam menangani kekangan kewangan akibat wabak Covid-19.

Setakat ini, Dr. Sim berkata 22,224 pemohon yang telah diproses termasuk proses pengesahan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang berjaya akan disalurkan bantuan kewangan ini menerusi Sarawak Pay di mana 2,806 pemohon berjaya telah menerima bayaran dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,103,750 sebelum 8 Jun.

Sebanyak 3,220 pemohon berjaya yang lain akan menerima bayaran bermula 8 June dengan jumlah sebanyak RM2,415,000.

Dengan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP), Dr Sim berkata bayaran akan diproses untuk mereka yang tidak mempunyai Sarawak Pay.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Bekenu kembali ‘hidup’
Next: Perkhidmatan agensi kerajaan di UTC dipersoal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.