Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas didenda RM8,000 cabul kehormatan wanita OKU
  • JENAYAH

Warga emas didenda RM8,000 cabul kehormatan wanita OKU

Utusan Sarawak 9 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang warga emas dijatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU).

Chieng Huo Ai, 59, yang membayar denda tersebut, dijatuhi hukuman itu oleh hakim Musyiri Peet setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif yang dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, Chieng didakwa menyerang mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatan serta bertindak menyentuh kemaluan mangsa pada 14 Jun 2022, kira-kira 7.00 pagi di sebuah rumah di Jalan Lim Han Swee.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana hukuman tersebut jika sabit dengan kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 14 Jun 2022, kira-kira 7.30 pagi, pengadu telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di ruang tamu rumahnya.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, pengadu melihat kakak iparnya iaitu mangsa telah diserang secara seksual oleh tertuduh. Laporan polis telah dibuat dan tertuduh telah ditahan pada hari yang sama.

Siasatan mendapati pada hari kejadian, mangsa duduk di sebuah bangku kayu sebelum tertuduh membuka seluar serta menyentuh kemaluan mangsa. Tertuduh turut membuka seluarnya sebelum mengerakkan badannya menghampiri mangsa.

Mangsa merupakan OKU yang menghadapi masalah pertuturan serta sukar bagi membuat keputusan sendiri.

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Pemandu bas sekolah muat naik video kanak-kanak ditahan
Next: Tuntutan kumpulan Sulu: Malaysia peroleh kemenangan penting terakhir – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.