Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penagih tegar dipenjara lima tahun, terima satu sebatan
  • JENAYAH

Penagih tegar dipenjara lima tahun, terima satu sebatan

Utusan Sarawak 9 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Sesyen hari ini, menjatuhi hukuman penjara lima tahun berserta satu sebatan ke atas seorang penagih tegar yang mempunyai empat kesalahan lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Hakim Musyiri Peet yang menjatuhkan hukuman itu setelah menerima pengakuan bersalah tertuduh, mengarahkan arat tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap, 11 Julai 2023.

Tertuduh, Yong Min San, 25, terdahulu didakwa menyalahguna dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine ketika ditahan di Balai Polis Sungai Merah pada 11 Julai 2023, kira-kira 1.15 petang.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39C(1) ADB 1952. Sabit kesalahan, hendaklah dipenjara tidak kurang lima tahun serta tidak lebih tujuh tahun dan juga dikenakan sebatan tidak lebih tiga kali.

Mengikut fakta kes, pada 11 Julai 2023, kira-kira 1.15 petang, pihak polis telah menahan tertuduh di Balai Polis Sungai Merah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ujian air kencing tertuduh menggunakan ‘Rapid Test’ mendapati ianya positif dadah. Spesimen air kencing tertuduh kemudian dihantar ke Jabatan Phathologi, Hospital Umum Sarawak dan didapati mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine.

Siasatan lanjut juga mendapati tertuduh mempunyai empat kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) AKD 1952. Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya David Bakit.

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: Projek Jana Wibawa: AGC tolak representasi Adam Radlan
Next: SPRM tahan dua pegawai agensi penguat kuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.