Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Silva akan tinggalkan Paris SG
  • SUKAN

Silva akan tinggalkan Paris SG

Utusan Sarawak 5 years ago

(FILES) In this file photo taken on May 19, 2019 Paris Saint-Germain's Brazilian defender Thiago Silva holds the French L1 winner trophy as he celebrates with team mates at the end of the French Ligue 1 football match between Paris Saint-Germain (PSG) and Dijon at the Parc des Princes stadium in Paris. - PSG defender and Brazilian captain Thiago Silva will leave the Paris club this summer, according to information from the newspaper L'Equipe, confirmed by RMC in the evening of June 8,2020 evening. Thiago Silva, 35, landed in Paris in 2012, was coming to the end of his contract on June 30. (Photo by FRANCK FIFE / AFP)

FAIL… Dalam gambar fail ini yang diambil pada 20 Mei 2019, pemain pertahanan Paris Saint-Germain, Thiago Silva menjulang trofi Ligue 1 Perancis ketika meraikannya bersama rakan sepasukan di akhir perlawanan antara Paris Saint-Germain (Paris SG) dan Dijon di stadium Parc des Princes di Paris. Pemain pertahanan Paris SG dan kapten Brazil, Thiago Silva akan meninggalkan kelab Paris itu musim panas ini, menurut maklumat daripada akhbar L’Equipe. Thiago Silva, 35, tiba di Paris pada tahun 2012, akan tamat kontraknya pada 30 Jun. • Foto AFP

KAPYTEN Paris Saint-Germain, Thiago Silva akan meninggalkan juara Perancis itu musim panas ini setelah lapan musim bersama kelab, menurut laporan media tempatan.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 35 tahun itu tidak akan ditawarkan kontrak lanjutan menjelang akhir kempen Liga Juara-Juara UEFA, Paris SG dan dikatakan telah diberitahu mengenai keputusan itu oleh pengarah sukan Leonardo.

Paris SG ingin mengurangkan bil gaji mereka yang besar dengan kelab dianggarkan mengalami kerugian lebih daripada 200 juta euro setelah musim Ligue 1 diumumkan berakhir pada bulan April kerana wabak Covid-19.

Silva, yang menyertai Paris SG dari AC Milan pada tahun 2012, mungkin kembali ke bekas kelab asalnya Fluminense di tanah airnya. Dia digambarkan pada hari Ahad memegang kad anggota Fluminense dan kemeja pasukan dengan namanya tercetak di bahagian belakang.

Silva memenangi tujuh belaran Ligue 1 dengan Paris SG sebagai tambahan kepada empat Piala Perancis dan lima Piala Liga Perancis.

Paris SG mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim ini sebelum pertandingan ditangguhkan pada bulan Mac. FIFA mengesyorkan kontrak yang tamat tempoh dilanjutkan sehingga akhir kempen semasa. – AFP

Continue Reading

Previous: Bayern sasar gelaran berganda
Next: Yakin SOP dipatuhi sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.