BAYERN Munich boleh melangkah setapak langkah lagi untuk mengulangi kejayaan berganda musim lalu dengan memenangi gelaran liga dan Piala Jerman, Khamis ini, dengan pemain tengah Leon Goretzka menjadi pemain yang berubah sejak ‘lockdown’ Covid-19.
Bayern mnejadi tuan rumah kepada Eintracht Frankfurt tanpa kehadiran penonton di separuh akhir Piala Jerman, tiga hari sebelum mereka boleh mengesahkan gelaran Bundesliga kelapan berturut-turut.
Pasukan Hansi Flick telah memenangi semua lima perlawanan sejak liga disambung semula bulan lalu setelah penggantungan Covis-19, termasuk kemenangan 5-2 ke atas lawan Khamis lalu, Frankfurt.
Pemain antarabangsa Jerman, Goretzka berada di tengah-tengah penampilan hebat Bayern, menjaringkan dua gol dan tiga ‘assist’ sejak liga disambung semula.
“Saya merasa sangat baik saat ini,” kata Goretzka, yang mencipta gol untuk Kingsley Coman dan kemudian menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 Sabtu lepas di Bayer Leverkusen.
Pemain berusia 25 tahun itu brekata dia membuat rehat yang tidak dijadualkan untuk menghabiskan lebih banyak masa di gimnasium, memberikan Bayern tenaga tambahan di bahagian tengah di samping pemain seperti Joshua Kimmich dan Thiago Alcantara.
“Saya tidak kehilangan kepantasan, tetapi sebaliknya,” kata Goretzka, yang disebut oleh Flick sebagai pemangkin di sebalik kemenangan Bayern di Leverkusen hujung minggu lalu.
“Leon memain peranan penting. Dengan fizikalnya, dia memiliki kehadiran besar di atas padang,” kata Flick.
“Dia menetapkan nada yang anda perlukan dalam sebuah pasukan ketika semuanya tidak berjalan dengan baik. Dia melakukannya dengan cemerlang.”
Frankfurt mengecewakan Bayern dalam final Piala Jerman 2018 dengan kemenangan 3-1 di Berlin, tetapi pemain dari Bavaria itu telah mengalahkan Eintracht di tempat sendiri dan lawan dalam liga musim ini.
“Kami masih tidak berniat mempelahankan rentak kami,” kata Goretzka.
Treble juga masih menjadi kemungkinan untuk Bayern, yang berada di ambang suku akhir Liga Juara-Juara UEFA setelah menang 3-0 di Chelsea dalam perlawanan pertama pusingan kedua, Februari lalu. Pertandingan ini diberhentikan sejak pertengahan Mac. – AFP