PARIS: Ulambayar Surenjav dari Mongolia memenangi pingat emas dalam acara para taekwondo kategori W K44-52kg di Sukan Paralimpik Paris 2024, selepas menewaskan Zahra Rahimi dari Iran dengan keputusan 5-2 dalam perlawanan akhir pada Khamis.
Kemenangan Surenjav menandakan buat kali pertama seorang atlet wanita dari Mongolia memenangi pingat emas Paralimpik. Ia juga merupakan pingat emas ketiga dan pingat kelima keseluruhan dalam sejarah Paralimpik Mongolia.
Dambadondog Baatarjav memenangi pingat emas pertama Mongolia dalam acara individu recurve berdiri lelaki di Beijing 2008, dan powerlifter Enkhbayar Sodnompiljee merangkul emas kedua negara itu dalam kategori lelaki 107kg di Tokyo 2020, dengan rekod baharu Paralimpik dengan angkatan 245kg.
Pingat perak Rahimi merupakan pingat pertama untuk Iran di Paralimpik Paris. Meryem Betul Cavdar dari Turkiye dan Ana Japaridze dari Georgia berkongsi pingat gangsa.– BERNAMA-XINHUA