Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olimpik Paris: Panipak Wongpattanakit pertahan emas taekwondo 49kg wanita
  • SUKAN

Olimpik Paris: Panipak Wongpattanakit pertahan emas taekwondo 49kg wanita

Utusan Sarawak 10 months ago
PANIPAK Wongpattanakit dari Thailand berjaya mempertahankan pingat emas taekwondo kategori 49 kilogram (kg) wanita pada Sukan Olimpik Paris.

PARIS: Panipak Wongpattanakit dari Thailand berjaya mempertahankan pingat emas taekwondo kategori 49 kilogram (kg) wanita pada Sukan Olimpik Paris, sementara Park Tae Joon dari Korea Selatan meraih emas dalam kategori 58kg lelaki, lapor Agensi Berita Xinhua.

Wongpattanakit, yang akan menyambut ulang tahun ke-27 pada Khamis ini, mencipta sejarah dengan meraih emas Olimpik kedua berturut-turut.

Ini merupakan penampilan ketiganya di Olimpik, selepas memenangi gangsa di Rio 2016 dan emas di Tokyo 2020. Juara dunia dua kali itu mengesahkan bahawa ini adalah Olimpik terakhirnya akibat kecederaan.

Park Tae Joon, 20, juara dunia dalam kategori 54kg lelaki, mengalahkan Yohandri Granado dari Venezuela, Cyrian Ravet dari Perancis dan Mohamed Khalil Jendoubi dari Tunisia untuk mara ke final.

Dalam perlawanan akhir, Park berhadapan dengan Gashim Magomedov dari Azerbaijan, yang mengalami kecederaan di kaki pada set pertama.

Walaupun cuba untuk terus beraksi, atlet Azerbaijan itu terpaksa menarik diri pada set kedua ketika Park sedang mendahului dengan skor 13-1.

Ravet dan Khalil Jendoubi masing-masing meraih pingat gangsa.

Acara taekwondo diadakan dari 7 hingga 10 Ogos, dengan pertandingan kategori 68kg lelaki dan 57kg wanita dijadual berlangsung pada Khamis ini. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Olimpik Paris: Roje Stona pecah rekod, menang emas pertama Jamaica
Next: Pemenang lima pingat Olimpik, Daley umum bersara daripada sukan terjun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.