OLYMPIAKOS semakin menghampiri kejuaraan Liga Greece ke-45 semalam dengan kemenangan 1-0 ke atas saingan terdekat PAOK Salonika walaupun peminat mendaki bumbung bangunan berhampiran bagi menyaksikan perlawanan.
Ketika Liga Super Greece disambung semula selepas diberhentikan kerana Covid-19 selama tiga bulan , Olympiakos membuka kelebihan 17 mata dengan baki sembilan perlawanan lagi.
Dengan penonton dilarang ke Stadium Toumba yang biasanya menakutkan kerana protokol kesihatan, para peminat melakukan yang terbaik untuk tetap menyaksikan perlawanan.
Satu kumpulan memanjat tinggi ke bumbung blok pangsapuri yang menghadap ke stadium walaupun papan skor raksasa mungkin telah menghalang pandangan mereka.
Penyerang dari Maghribi, Youssef El Arabi menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-23 setelah mendapat hantaran daripada oleh rakan sepasukan dari Perancis, Mathieu Valbuena.
El Arabi telah menyaksikan percubaannya sebelum itu dibatalkan kerana ofside setelah campur tangan VAR.
Kedua-dua pasukan akan bertemu dua kali lagi sebelum akhir musim di separuh akhir Piala Greece dan pertembungan liga yang menjadi sebahagian daripada ‘play-off’ kejuaraan.
Selepas perlawanan pada Ahad, puluhan peminat PAOK berkumpul di luar stadium untuk mengejek pasukan mereka.
Keptusan lain ialah Panathinaikos dan AEK seri 1-1 setelah gol penyerang dari Itali, Federico Macheda pada minit ke-65 dibatalkan oleh penyerang dari Croatia, Marko Livaja 10 minit kemudian.
Asteras Tripolis mengalahkan Larissa 2-1 walaupun ketinggalan satu gol di belakang.
Bagi saingan aksi ‘play-off’ dimulakan dengan Aris Thessaloniki mengalahkan OFI 3-1 dan Panionios menundukkan Volos 1-0. – AFP