Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Copa: Presiden bola sepak Colombia ditahan
  • SUKAN

Copa: Presiden bola sepak Colombia ditahan

Utusan Sarawak 10 months ago
PEMINAT Colombia dan Argentina menyerbu menerusi pintu masuk sebelum aksi final Copa America antara dua negara itu di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida, AS pagi semalam.

MIAMI GARDENS, Amerika Syarikat: Presiden Persekutuan Bolasepak Colombia (CFF), Ramon Jesurun ditahan di Miami ketika insiden pada final Copa America 2024 menentang Argentina semalam, menurut laporan polis.

Laporan polis Miami-Dade County menyebut Jesurun ditahan kerana dakwaan “menyerang pegawai/petugas” pada perlawanan akhir pagi semalam di Stadium Hard Rock.

Kekecohan berlaku apabila penonton menyerbu pintu masuk gelanggang pasukan NFL, Miami Dolphins, dengan orang ramai ditolak ke tanah dan cuba menyelinap masuk ke stadium melalui saluran pendingin hawa yang besar sekali gus menyaksikan sepak mula dan permulaan ditangguhkan selama 80 minit.

Argentina mengalahkan Colombia 1-0 pada final Copa America dengan gol tunggal dijaringkan pada masa tambahan menerusi Lautaro Martinez.

Jesurun, 71, tidak dibenarkan memasuki padang bersama anak lelaki dan ahli keluarganya selepas perlawanan berakhir bagi majlis penyampaian hadiah, lapor akhbar Colombia, El Tiempo.

Anak lelaki Jesurun menyerang seorang pengawal keselamatan yang menghalang mereka untuk masuk.

Jesurun, naib presiden badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL, turut terbabit dalam pergaduhan itu sebelum polis campur tangan, menurut akhbar itu. – AFP

Continue Reading

Previous: SUKMA: Beberapa acara sukan mungkin digugurkan
Next: Pasukan Muay Thai Sarawak giat jalani latihan di luar negara – Presiden Persatuan Muay Thai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.