Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Guru besar direman enam hari bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM100,000
  • JENAYAH

Guru besar direman enam hari bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM100,000

Utusan Sarawak 11 months ago
SUSPEK (tengah) diiringi pegawai SPRM selepas selesai dikenakan tahanan reman di Mahkamah Majistret Bintulu.

BINTULU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang guru besar selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM124,563.70.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Galvin Loo Wei Ling selepas membenarkan permohonan SPRM untuk mereman suspek lelaki berusia 55 tahun itu di Mahkamah Majistret Bintulu.

Terdahulu, lelaki tersebut ditahan oleh SPRM pada 24 Jun lepas pada jam 9.30 malam berhampiran sekolah di Kuala Annau dan seterusnya ditahan reman selama enam hari bermula 25 Jun hingga 1 Julai bagi membantu siasatan.

Suspek disyaki bersubahat dengan kontraktor pembekalan makanan ke asrama sekolah kawasan pendalaman di Daerah Tatau berkait pembekalan makanan ke asrama sekolah sedangkan kuantiti bekalan tidak sama dengan jumlah sebenar yang dibekalkan.

Permohonan sambung reman dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat SPRM Muhammad Shahfiruddin Md Darim manakala suspek tidak diwakili peguam.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Pendeta rugi RM43,988 diperdaya ‘phone scam’
Next: Polis patahkan sindiket ‘along’, tujuh ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.