SIBU: Seorang wanita yang melayani sebagai Pendeta menanggung kerugian RM43,988 selepas menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, wanita berusia dalam lingkungan 40-an menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri wakil dari perbankan memberitahu mangsa ada membuat pengeluaran wang dalam akaun miliknya melebihi pengeluaran yang ditetapkan.
“Mangsa kemudiannya telah disambungkan kepada pegawai bank dan diarahkan untuk memberikan nombor kad pengenalan, 16 digit nombor kad bank serta maklumat perbankan yang lain untuk tujuan pengesahan,” katanya dalam kenyataan media.
Katanya, merasa yang berada dalam keadaan bimbang dan takut telah menurut semua arahan yang diberikan oleh suspek.
“Pada 20 Jun, mangsa telah membuat membuat semakan ke dalam akaun mendapati terdapat lima transaksi sejumlah RM43,988 dimasukkan ke dalam tiga akaun tempatan yang tidak diketahui mangsa,” ujarnya.
Beliau berkata, mangsa merasa curiga dan menyedari telah menjadi mangsa penipuan hadir
ke balai berdekatan untuk membuat laporan bagi siasatan lanjut pihak polis.
“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Oleh Akun Giman