Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kedai gunting dibenar beroperasi mulai 10 Jun
  • NASIONAL

Kedai gunting dibenar beroperasi mulai 10 Jun

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 6 jun -- Sejumlah 277 individu dikenakan kompaun semalam kerana mengingkari peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, June 6 -- A total of 277 individuals were issued compound fines yesterday for breaching Conditional Movement Control Order (CMCO) says Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob at the daily press conference on the update of the CMCO here, today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

SIDANG MEDIA … Sejumlah 277 individu dikenakan kompaun semalam kerana mengingkari peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Menteri Kanan (Kluster
Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 bilion setahun.

“Sektor ini juga melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk   guntingan dan cucian rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, merias dan merawat kuku   serta cucian dan rawatan muka, katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini semalam.

Ismail Sabri juga berkata, bagi golongan yang berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji dan tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan umur lain.

“Ini bagi mengelakkan mereka bercampur dengan orang lain kerana warga emas merupakan kumpulan umur yang berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata, bagi   kanak-kanak bawah umur 12 tahun pula, ibu bapa dibenarkan hadir sama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang.

“SOP yang perlu dipatuhi termasuklah pemakaian pelindung muka   dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set   sarung tangan bagi setiap pelanggan dan jarak antara kerusi tukang gunting perlulah sekurang-kurangnya dua meter,” katanya.

Ismail Sabri turut meminta pengusaha   menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi. – Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM nafi dakwaan pembantu Syed Saddiq
Next: 46 ingkar PKPB di pusat hiburan ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.