Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sivasangari tembusi kelompok 10 terbaik dunia
  • SUKAN

Sivasangari tembusi kelompok 10 terbaik dunia

Utusan Sarawak 12 months ago

KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari menembusi kelompok 10 terbaik dunia selepas senarai terbaharu ranking Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dikeluarkan, semalam.

Atlet berusia 25 tahun itu memanjat satu anak tangga dengan mengumpul 7595 mata keseluruhan untuk berada di kedudukan ke-10 di belakang atlet Mesir Rowan Elaraby yang turut memanjat satu anak tangga di tangga kesembilan. 

Peningkatan itu susulan kemaraan beliau ke pusingan ketiga pada Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 pada 15 Mei lepas, selain pencapaian membanggakan merangkul juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London pada April. 

Pada kejohanan tersebut, atlet kelahiran Kedah itu mencipta sensasi selepas mengejutkan pemain ranking pertama dunia Nour El Sherbini dari Mesir pada suku akhir, ranking keempat dunia Nele Gilis dari Belgium (separuh akhir) dan ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir (final).

Sivasangari menerusi hantaran di laman X berkata pencapaian itu hasil sokongan pasukannya yang telah mendorong beliau untuk terus menampilkan prestasi memberangsangkan. 

“Bertekad lebih kuat untuk meningkatkan prestasi dan melakukannya langkah demi langkah,” katanya.

Sementara itu, Mesir terus menguasai tiga tangga teratas menerusi Nour El Sherbini, Nouran Gohar dan Hania El Hammamy.

Dua lagi pemain wanita negara Rachel Arnold yang mengumpul 3073 mata dan Aira Azman (2478 mata) masing-masing mendaki satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-23 dan 36.

Bagaimanapun, dua lagi atlet negara Aifa Azman dan Ainaa Amani masing-masing jatuh satu anak tangga di kedudukan ke-40 dan 65 berdasarkan ranking terbaharu itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris
Next: Piala Dunia Sepak Takraw: Thailand tersungkur lagi, Malaysia juarai acara regu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.