LEGENDA Argentina, Diego Maradona telah menandatangani kontrak lanjutan sebagai jurulatih Gimnasia y Esgrima La Plata hingga akhir musim 2021, kata pasukan itu semalam.
Gimnasia memberi penghormatan kepada bekas pemain dan kapten pasukan Argentina yang menjuarai Piala Dunia 1986 di Mexico, yang menggambarkannya sebagai “Tuhan”.
“Bagi kami, kamu adalah satu lagi Tripero dan hati anda sama biru dan putih” kata Gimnasia dalam media sosial, merujuk kepada nama panggilan kelab, yang bermaksud ‘gut-handlers’, dan warna pasukan.
Maradona menyertai pasukan yang bergelut dalam divisyen satu itu pada September 2019 dan membimbing mereka mencatart tujuh kemenangan dan lapan kekalahan dalam 20 perlawanan, dengan lima keputusan seri.
Dia mengundurkan diri pada bulan November tetapi dua hari kemudian berubah pikiran dan mengumumkan bahawa dia akan kembali.
Akhirnya, mereka terselamat daripada penyingkiran oleh pandemik Covid-19 dan keputusan persekutuan Argentina untuk membatalkan musim ini.
Maradona, yang akan berusia 60 tahun pada bulan Oktober, menulis di media sosial: “Hari ini adalah ulang tahun kelahiran Serigala,” merujuk kepada nama samaran Gimnasia yang lain.
Kontrak Maradona sebelumnya akan tamat pada bulan Ogos tetapi berita mengenai perjanjian baru itu muncul pada hari kelab, salah satu yang tertua di Argentina, menyambut ulang tahun mereka yang ke-133.
Di anggap sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang masa, karier kejurulatihan Maradona tidak setanding dengan permainannya.
Dia membawa Argentina ke suku akhir Piala Dunia 2014 tetapi sejak itu dia menjadi jurulatih dalam persekitaran yang kurang glamor Al Fujairah dalam divisyen dua UAE dan Dorados dalam divisyen dua Mexico.
bagaimanapun, dia mungkin paling dikenali dengan “Tangan Tuhan” yang menyingkirkan England daripada Piala Dunia 1986. – AFP