Itali tarik balik sekatan perjalanan

Facebook
WhatsApp
People queue to buy cigarettes on the Italian side at the French-Italian border near Menton on June 3, 2020 as Italy reopened its frontiers with Europe, three months after the country went into coronavirus (COVID-19) lockdown. (Photo by Valery HACHE / AFP)
ORANG RAMAI beratur untuk membeli rokok di perbatasan Perancis-Itali dekat Menton pada 3 Jun 2020 ketika Itali membuka semula sempadannya dengan Eropah, tiga bulan setelah negara itu menaik balik perintah berkurung kerana penularan Covid-19. • Foto AFP

ROM: Itali pada Rabu menarik balik beberapa lagi sekatan yang dikenakan berikutan wabak Covid-19, membolehkan penduduk bebas bergerak dan warga Schengen serta United Kingdom (UK) mengunjungi negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Di bawah pakej baharu yang diumum kerajaan Itali pada 4 Mei lalu, antara lain membolehkan sektor pembinaan dan pembuatan dibuka semula.

Pada 18 Mei pula kedai runcit dan salun dandanan rambut dibenar dibuka selain bar serta restoran mula beroperasi sepenuhnya.

Larangan terakhir ialah sekatan pergerakan antara wilayah kecuali kepada mereka yang memiliki sijil kebenaran untuk rentas wilayah.

Larangan perhimpunan dan acara awam masih berkuat kuasa. Sementara, panggung wayang dan teater dibuka semula mulai 15 Jun. – Bernama