SIBU: Sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi pembinaan dua jeti baharu Rumah Selat, Nanga Duat di Selangau.
Pembinaan tersebut dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang.
Menerusi perkongsian di laman media sosial miliknya, beliau berkata projek itu merupakan inisiatif untuk keselesaan penduduk Rumah Selat Nanga Duat Selangau.
“Pelaksanaan projek jeti itu bermula pada 30 Mac lalu dan dianggarkan siap sepenuhnya pada 17 Julai depan.
“Bagaimanapun, projek itu telah disiapkan awal oleh pihak kontraktor pada 26 Jun lalu,” katanya.
Penyampaian RTP telah disempurnakan oleh wakil Pejabat Daerah Selangau Lau Sing Ho dan wakil Christopher Gira iaitu Dido Saleh dan Ajan Dau pada 27 Jun lalu di Selangau.
Hadir sama, Tuai Rumah Selat dan Pegawai UKAS Daerah Selangau Nyanah Aboh.
Oleh TARANI LANTING