SARIKEI: Lebih 2,000 pintu rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok telah menerima bantuan projek pintu dari Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.
Huang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, bantuan tersebut adalah bersempena perayaan Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi.
“Bantuan ini merupakan sebahagian bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak.
“Terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana amat memahami keperluan rakyat Sarawak,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Oleh itu, katanya beliau berharap bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Setiap kali perayaan Hari Gawai, setiap rumah panjang pasti mempunyai perancangan aktiviti untuk memeriahkan lagi perayaan ini.
“Dengan adanya bantuan projek pintu ini, diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” ujarnya.
Bantuan projek pintu tersebut telah diserahkan oleh Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil Huang kepada rumah-rumah panjang di kawasan DUN Repok.
Oleh Earl Anek