Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Situasi berubah selepas ketiadaan PKPB
  • TEMPATAN

Situasi berubah selepas ketiadaan PKPB

Utusan Sarawak 5 years ago
LETAK MERATA…Kelihatan kenderaan diletak secara merata hingga di kawasan bekas bulatan di hadapan Hospital Lawas yang menjadikan laluan ini semakin sempit.

ADENG IDRUS

LAWAS: Laluan ke Hospital Daerah Lawas telah dihadkan kepada orang awam hingga ke kawasan Balai Polis Daerah Lawas.

Namun demikian, tinjauan mendapati banyak kenderaan diletakkan di tengah jalan di hadapan Hospital Lawas.

Selain itu, terdapat beberapa kenderaan yang diletakkan di atas bekas bulatan di hadapan hospital yang kini telah diratakan.

Keadaan ini berlaku kerana masalah ketiadaan tempat meletak kenderaan untuk pesakit, kakitangan hospital dan pelawat di kawasan berkenaan.

Setakat ini situasi berkenaan tidaklah nampak membahayakan kerana kedua, laluan masuk ke hospital dan Balai Polis Lawas telah dihadkan oleh sekatan objek yang diletakkan notis pemberitahuan kepada orang awam yang menyatakan laluan terbabit telah ditutup.

Walau bagaimanapun, situasi pasti berubah jika arahan PKPB ditarik atau dikurangkan hingga membolehkan jumlah kenderaan melalui kawasan ini meningkat.

Continue Reading

Previous: Penduduk diharap bersabar, beri kerjasama
Next: Anak wartawan cedera dibelasah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.