Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk diharap bersabar, beri kerjasama
  • TEMPATAN

Penduduk diharap bersabar, beri kerjasama

Utusan Sarawak 5 years ago
DATU Len Talif Salleh

EARL ANEK

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh berharap penduduk di Zon Tanjung Manis bersabar dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berwajib bagi memastikan wabak pandemik Covid-19 dapat dibanteras sepenuhnya.

Len berkata, beliau memahami keresahan, kesedihan dan ketidaktentuan penduduk Kampung Belawai dan kampung sekitar Zon Tanjung Manis berikutan penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Apapun, saya berharap penduduk bersabar dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berwajib bagi memastikan wabak ini dapat dibenteras sepenuhnya.

“Tidak perlu bagi kita untuk menyalah sesiapa sebaliknya, kita harus menjaga perasaan pesakit dan keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan dan ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.

“Justeru, saya berharap segala tohmahan dan anggapan negatif segera dihentikan sama ada secara lisan mahupun melalui media sosial.

“Sehubungan itu, saya mendoakan warga yang didapati positif Covid-19 ini, agar kembali sembuh seperti sedia kala.

“Semoga anggota keluarganya sabar dan tabah menghadapi segala dugaanNYA,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Bau busuk, bongkar kematian seorang lelaki
Next: Situasi berubah selepas ketiadaan PKPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.