LIMBANG: Seorang nelayan dari Kampung Loagan Limbun Limbang panik dengan penemuan sang bedal ketika mengangkat pukatnya.
“Saya turun ke sungai untuk melihat hasil pukat, tapi terlihat objek bergerak sebelum kepala buaya itu timbul di permukaan air.
“Saya segera naik dan memaklumkan kejadian ini kepada rakan-rakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bimbang kehadiran sang bedal itu, nelayan bertindak meminta bantuan rakan-rakan segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang untuk mendapatkan bantuan.
Sebaik menerima laporan daripada orang awam pada 9.28 pagi, anggota APM Daerah Limbang dengan bantuan Jabatan Hutan Sarawak (SFC) Limbang akhirnya berjaya menangkap seekor buaya yang tersangkut dalam pukat.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, buaya sepanjang enam kaki dan seberat 60 kilogram itu kemudian diserahkan kepada pihak SFC Miri untuk tindakan selanjutnya.
Oleh ADENG EDRUS