LONDON: Ketua Eksekutif Ragbi Perdana, Simon Massie-Taylor berpendirian teguh tidak akan memilih pemain yang berpangkalan di luar negara untuk tugas antarabangsa.
Matlamat pendekatan itu adalah untuk memastikan bintang terkemuka negara kekal di laman sendiri, mengukuhkan Liga Perdana dan ketua jurulatih akan punya pendekatan lebih meluas ke atas pemainnya.
Jack Willis, bagaimanapun, telah dipilih semasa Six Nations baru-baru ini di bawah klausa “keadaan luar biasa” selepas pemain sayap itu menyertai gergasi Perancis Toulouse berikutan kejatuhan kewangan Wasps.
Jurulatih England, Steve Borthwick telah menggesa pelonggaran dasar supaya beliau boleh memilih pemain terbaik termasuk yang sedang melalui saringan, hooker Luke Cowan-Dickie, lock David Ribbans dan centresJoe Marchant, semuanya telah menandatangani, bermain untuk kelab 14 Terbaik Perancis pada musim depan.
Namun begitu, penjanjian perlawanan profesional baharu yang telah ditetapkan dan berkuat kuasa mulai Julai 2024, kekal.
“Daripada RFU (Kesatuan Bola Sepak Ragbi), kita dan juga perspektif pemain, kita semua melihat kepentingan pemain antarabangsa England bermain di dalam negara,” kata Massie-Taylor kepada agensi berita PA Britain.
“Peruntukan wujud untuk keadaan luar biasa yang mungkin masih akan diteruskan, tetapi kami semua bersetuju pemain antarabangsa England harus bermain di Liga Perdana.”
Jurulatih Saracens Mark McCall telah menggesa RFU untuk mengikuti contoh negara lain dengan membawa masuk kontrak pusat untuk pemain England.
Kelab semakin bimbang bahawa pemain yang mereka bangunkan akan menghabiskan sebahagian besar musim ini untuk tugas England.
Kelab-kelab liga utama beroperasi dalam persekitaran kewangan yang tidak menentu – Worcester dan Wasps telah ditendang keluar dari liga utama Inggeris selepas gagal pada awal musim ini.
Massie-Taylor berkata, sistem sedia ada telah berfungsi dengan baik tetapi menambah terdapat perbincangan tentang cara ia boleh diperbaiki.
Pada masa sama, beliau akui tekanan kewangan yang dihadapi kelab itu.
Katanya, perbincangan akan diadakan untuk menangani nasib pemain memandangkan keadaan kewangan kelab itu agak rapuh pada masa ini. – AFP