KUCHING: Kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf permukaan jalan raya akan melibatkan penutupan atau lencongan sementara jalan-jalan di Bulatan Setia Raja bermula hari ini hingga 18 Mac.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan dalam satu kenyataan menasihatkan para pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika memandu di laluan tersebut sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan.
Demi keselamatan, semua pengguna jalan raya dikehendaki mematuhi segala pengurusan trafik di laluan tersebut.
“Pihak JKR Bahagian Samarahan akan memaklumkan dari masa ke masa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini,” katanya.
Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan
di kawasan-kawasan yang terlibat. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian 082-671076 pada waktu pejabat.