SIBU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina dan Pasar Daro akan mengadakan Program Kitar Semula 3R yang pertama di Dewan Terbuka Tabika Kie Ming, Daro pada Ahad ini.
Program dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Matu dan Daro akan bermula 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
Menerusi program tersebut, orang ramai boleh menjual barangan kitar semula mereka.
Sukarelawan Loh Lu Yee berkata, program bertujuan untuk mendidik lebih ramai orang terutamanya kawasan luar bandar tentang kepentingan kitar semula.
“Sila kelaskan barangan anda seperti kertas, surat khabar, tin aluminium, tin tin, kotak kertas dan sebagainya.
“Aluminium dan tin mesti dibersihkan, dikeringkan dan dimasukkan ke dalam beg plastik.
“Bateri, penyaman udara lama dan mesin basuh juga diterima. Harga berbeza untuk pelbagai jenis sisa,” jelasnya.
Beliau memberitahu, program tersebut merupakan satu aktiviti yang boleh dilakukan ibu bapa bersama anak-anak mereka untuk mengajar mereka menyayangi dan menjaga alam sekitar.
“Kami telah berjaya di Sibu, di Sibu, kami melakukannya setiap bulan, tetapi untuk tempat seperti Daro, kami tidak dapat melakukannya setiap bulan disebabkan masalah logistik,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, ini bukan acara sekali sahaja di Daro kerana pasukannya akan kembali lagi untuk program ini.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Lau di talian 019-4597000.
Oleh AKUN GIMAN