KUCHING: Semua kawasan di Bandar Baru Samariang akan mengalami gangguan bekalan air esok.
Menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) ini bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan meter aliran.
“Gangguan akan berlaku antara 9 malam dan 5 pagi keesokan harinya (29 Nov).
“Ia bagi memberi laluan kepada kontraktor menjalankan kerja-kerja pemasangan meter aliran di Bandar Baru Samariang.
“Kepada pengguna diminta untuk menyimpan jumlah air yang mencukupi bagi kegunaan semasa dalam tempoh gangguan bekalan air,” kata JBALB dalam notis kerja berjadual.
JBALB menyatakan bekalan air akan dipulihkan secepat mungkin.
Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali. Untuk maklumat lanjut, hubungi JBALB Kuching di 082-203497 atau Pusat Panggilan 24 jam JBALB di 082-262211.
Oleh AZREEN KERIA