ELLIE EDWARD
BINTULU: Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Bintulu menjadi tumpuan pengunjung untuk urusan pengeluaran dan penyimpanan duit mereka.
Hasil tinjauan pihak Utusan Sarawak pagi semalam mendapati pengunjung bank berkenaan telah berbaris panjang mengelilingi blok bangunan di sekitar bank berkenaan.
Keadaan ini berikutan urusan pengeluaran duit bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Bagaimanapun didapati keadaan di bank berkenaan agak terkawal mereka terpaksa berbaris panjang.
Malah ada juga yang terpaksa duduk di tepi jalan menunggu giliran.
Hasil temu bual bersama salah seorang yang turut serta berbaris menunggu giliran yang tidak mahu didedahkan indentiti berkata, beliau sudah menunggu dan berbaris di bank berkenaan seawal jam 6.00 pagi semalam.
“Kita sedia maklum bantuan ini penting di tambah lagi dekat hendak Raya dan Gawai.
“Kami yang berbaris ini adalah pelbagai latar belakang dan masyarakat yang ada di sini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pihak bank berkenaan dapat mengurus mereka dengan lebih cekap dan efektif sudah supaya keadaan seumpama itu tidak berlaku dan lebih memberikan keselesaan kepada pelanggan.