SIMUNJAN: Sebuah kereta pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik berdekatan jambatan Kampung Sageng di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 7.56 pagi.
Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.
Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.