Tiga sekatan masuk ke Daerah Bintulu

Facebook
WhatsApp
BERTUGAS… Anggota keselamatan sedang bertugas semasa sekatan jalan raya dijalankan.

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu telah membuat tiga sekatan jalan raya yang merupakan laluan masuk ke Daerah Bintulu dan turut dibantu oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA).

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, ini selaras dengan Ops Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Menurutnya, PDRM Bintulu bersama pihak ATM, BDA, APM, RELA dan Jabatan-Jabatan Lain juga mengambil pendekatan turun padang menasihati orang ramai demi memastikan masyarakat mematuhi PKPB di bawah peraturan yang ditetapkan itu. 

Jelasnya, perintah tersebut dibuat untuk memantapkan lagi kawalan bagi menangani penularan koronavirus baharu (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang