Penghuni penjara tidak boleh keluar kenyataan berkaitan kempen PRU-15

Facebook
WhatsApp
Exco Hal Ehwal Wanita Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin (tengah), diiringi Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Supri Hashim (kanan), melawat pameran selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di Muzium Penjara Banda Hilir di sini, hari ini. Foto BERNAMA

MELAKA: Mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim.

Beliau berkata, larangan itu turut termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Setakat ini apa-apa kenyataan yang mahu dikeluarkan oleh banduan dalam penjara… sememangnya tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara yang disempurnakan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin di sini, hari ini.

“Jabatan Penjara tiada kena mengena dengan politik dan kami hanya laksanakan tanggungjawab waima apa pun kerajaan yang memerintah,” kata Supri, serta menambah bahawa sebarang surat yang mahu dihantar kepada keluarga, dokumen atau apa jua urusan, akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Penjara. – Bernama

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh